Archive for July, 2005

There is in the worst of fortune the best of chances for a happy change.

Thursday, July 28th, 2005

kelam kabut rasanya 4 this week… umi ayah pegi out of kelantan. kali pertama merasa betapa susahnya jadi "anak sulong" dah la sibuk dengan skola. tapi alhamdulillah dapat dihadapi dgn selamat walau terdapat liku semasa megharunginya…adus mengayat la plak…

ayah tak der umi tak der maka setiap kali juga akan lewat ke skolah. almost 3 month i was like this. berita terbaru ader bdak baru (adek cekgu aku~!!!!) in my class n ustz rashid jadi mudir..

feelin bila mudirah bersara ader gak rasa sedey n ader gak rasa hepi. but almost student in my school very hepi n luv it when heard the news. ader ke patut??..aku sedey la sbb ader wat salah nganm die dan gumbira sebab tak der lagi manusia nak bermasam muka (serius face) dengan aku~!!!!..but she was a great teacher n always give a good advice. i can’t forget that (especially abt mawi world..)

dan skang i’m very hepi dan usaha aku berjaya. paling takut skang tgk result ujian kali ni…wat my target now??..under 10 may be…kalo wat grag ogif mesti menurun gegiler…

ah, cukup la 4 this time. tak der topik nak cakap. moga kegembiraan akan mengubah derita ini.

always wish me luck ok!

-now u gone-

Thursday, July 28th, 2005

http://www.samiyusuf.com/video/index.htm —> open this sambil baca citer ni..klik lagu mother okies..

hari ini paling menyayat hati. akhirnya ibu menghembuskan nafasnya disis baba. caca turut berada di situ sudah banyak mengalirkan air mata. tidak tertahan hatinya tapi die tabahkan hati.

hari ini memang menggembirakan setelah sekian lama ibu koma, akhirnya ibu terjaga juga. wajah ibu nampak begitu gembira kerana pada kebetulan kakak,caca dan adek2nya ada bersama dengan baba sekali datang melawat. seperti sudah ditentukan.

ibu banyak cakap. seme orang ibu tanya dan sempat jugak kasi wasiat. caca dan adek beradek seme menanges bila ibu cakap macam tu. mereka beramai2 mintak maap..dan baba turut menanges.

adek kecilnya yg baru belaja bercakap asek duk panggey ibu. kasihan adiknya itu yg tidak mengerti apa yg berlaku. die tahu org leyn menanges tapi die tetap ketawa. ibu jugak sedey melihat keletah adeknya itu.

akhir sekali, ibu panggey baba. ibu mintak maap dengan baba. cakapnya penuh tersirat sehingga caca sendiri tak paham dan sehinggalah tiba masanya, ibu pergi jua. caca dan adek beradek memeluk ibu. wajah ibu memang setenang air di pantai. tiada lagi kesengsaraan di mukanya.

"ibu, tiada siapa lagi yg mungkin gantikan dirimu.walaupon baba carikan ibu tiri..ibu la yg terbaik"

saat ibu dimandikan, caca bergilir dengan others sibling. masa kafankan ibu die turut bersama. sebelom muka ibu ditutup. caca dan adek turut cium dahi ibu.pada ketika itu, kenangan indah bersama ibu terlayar di fikirannya lagi. ibu yg ajar die berjalan menjaganya ketika sakit bermain dgn dikala die sunyi menghantar ke sekola yg terbaik dan caca turut berkongsi kejayaan UPSRnya mendapat 5A penuh. die lihat ibu gembira dengan keputusannya itu. tapi selepas ini saper nak kongsi keputusan SPMnya. tiada lagi amarah dan jerit perit ibu memarahinya. saper nak bagi dorongan kepadanya untuk menghadapi peperiksaan??

tiada lagi masakan ibu. tiada lagi interior desingner yg terbaik di dunia..tiada lagi yg dapat bagi kaunseling kepda caca. tiada lagi yg caca dapat bantu ibu. caca kini kesunyian. kalau dulu, satu rumah ini bising dengan suara ibu menyuruh anak2nya solat. tiada lagi game kejar mengejar antara ibu tiada lagi gema suara ibu melaung memanggil anak daranya. saper lagi nak jaga caca dan adek2nya…

mother, now u gone. left me here alone. now, i can’t see ur face can’t hear ur voice. now i’m lost u forever. how can i live without mother?..others mother not same like u. u know the best for me.ooo mother~!!!

ibu selamat dikebumikan. baba panggey seme anak2nya untuk berbincang sesuatu yg penting…

ooo..mother i’m lost without u…

-iBu CaCa SaKiT-

Thursday, July 28th, 2005

Hati caca tidak tenang. tetiba rasa berdebar dan segala yang dilakukannya tidak kena. sehingga cekgu datang untuk berjumpa dengannya. cekgu membawa  berita yang begitu mengejutkan dirinya.

ibu kini terlantar dihospital. caca akui selepasa peristiwa itu, ibu selalu sakit dan semakin tidak bermaya. biarpon rutin ibu berjalan tetapi caca tak nampak sentuhan ibu yg very comfort to her. dahulu ibu ada memarahi sikap adek2nya tetapi sekarang ibu tidak lagi menegur bahkan ibu mengatakan mungkin ini adalah kenangan untuknye dihari2 yang akan datang. masakan ibu tidak lagi sesedap dahulu dan caca juga nampak ibu merasakan tiada makna untuk die hidup lagi.

caca tahu perkara itu takkan membawa tekanan kepada ibu kerana caca and adek2 adalah anak2nya. tapi wajah ibu menunjukkan bahawa die menyimpan satu rahsia yang berat untuk di tanggungnya.

sebaik sahaja mendengar khabar berita itu, caca segera mencapai begnya dan keluar sekolah tanpa kebenaran guru. itu caca tak peduli yang  die inginkan adalah untuk berjumpa dengan ibu. kata maaf masih blom lagi die ucapkan. "ibu..ibu…ampunkan caca, ibu," rintih caca.

"ibu..ibu..caca sayang ibu~!!..ibu insan istimewa buat caca..jangan tinggalkan caca, ibu~!!" sayu hati caca.

sampai saja di hospital, caca segera mencari wad ibu. ketika die sampai di situ, caca lihat wajah ibu yang pucat tapi penuh ketenangan. seolah-olah die telah selesai melakukan tanggungjawab hanya menunggu masa untuk die dijemput pergi. caca ingin masuk tapi ditegah oleh nurse disitu.

menurut penerangan nurse tersebut, ibunya menghidap penyakit breast cancer tahap critical. maka bertambah2 lah kejutan yang  caca terima. betapa die terkejut kerana selama ini ibu sentiasa sihat tidak ada tanda2 bahawa die sakit. dan kata2 itu terngiang ditelinganya…

"anak2 ibu dah tak sayang ibu…kalo kamu semua tak nak ibu, biar ibu cari ibu tiri.."

"oh, ibu betapa beratnya dosa caca.ibu, bangunlah. caca nak jumpa ibu.~" air mata mengalir di pipinya.

keadaan ibu semakin tenat dan caca sentiasa menunggu ibunya. die ponteng sekola semata2 ibunye. die rasa tiada gunanya die pergi ke sekolah sedangkan ibunye sedang bertarung di sini.

sepanjang die menunggu ibu, banyak kenangan sewaktu kecil tika die bersama ibunya tebayang2 di fikirannya . cacalah yang paling nakal sebab selalu aje buat perangai dengan ibu. meyn hide n seek la ngan ibu. kacau ibu duk masak.carikan gamba family utknya  sebagai kerja rumah.

-CaCa & ibu-

Friday, July 22nd, 2005

hari ni air mata ibu tumpah buat kesekian kalinye maka dengan itu juga jatuhlah pangkat caca sebagai anak derhaka. apa yang betul2 menyentuh hati ibu kata caca dan anak2 dah tak sayang ibu lagi.  paling tidak pon tak der rasa hormat anak2 terhadap ibu. ibu, caca mitak maap. caca penah cuba berada pada kondisi ibu tapi caca tetap bukan ibu. pada ketika itu, caca rasa amat bersalah kerana tak amik peduli keadaan ibu. caca juga terasa bila ibu cakap anak2 tak penah nak tanya kesihatan ibu sedangkan kalo caca sakit ibu la org yg pertama akan mendapatkan doktor.ampun ibu~!!

caca ingat lagi kata2 cekgu kalo ibu ada depan mata pasti caca takkan sedar namun bila ibu berada jauh dari caca akan rasa perit pengorbanan. caca ingat lagi masa ibu tak der pegi outstation caca kena ambil alih seme keje ibu. mmg pada ketika itu caca akan teringat ibu karena ibulah yg uruskan semenye dan rasa berbeza dari tangan ibu. mmg org lain pon tak dapat ganti ibu. tadi ibu ada jgak cakap kalo anak2 ibu tak nak ibu biar ibu cari ibu lain. tak nak! caca tak nak ibu tiri.

kata cekgu lagi kalo kiter salam tangan dan cium pipi serta peluk ibu anak2 akan dapat pahala. mmg bila caca buat seme tu caca rasa lain. betapa hebat kurniaan tuhan kepadamu ibu. perasaan caca sungguh bahagia dan tenang ibu. dan akhir sekali caca tak lupa untuk doakan ibu dan ayah kerana anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.

" YA ALLAH KAU AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPAKU YANG MENDIDIKKU SEDARI KECIL DAN RAHMATILAH KEHIDUPAN MEREKA". ameen.

…::Belaian ibu::…

Tertanam naluri keibuan yang amat mendalam
Dari insan yang menambakan kebahagiaan
Ooh ibu…
Dibahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur perngorbanan
Tak ku nafikan…

Di saat kita berjauhan..rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh erat..masih kecil kehilangan
Kau insan penyayang…
Betapa ku merindu lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Ku pastikan dikau aman…
Di dunia sejahtera takku lupakan

Di wajahmu berolak tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Di bumi sejahtera..tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan ..rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh erat..masih kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu..
Hanya kau satu di dunia…bertakhta dikau dijiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa ku mengharap..hadirnya restumu ibu
Membawa ku ke syurga…

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan..anak-anakmu
Ohhh…IBU

…::KASIH IBU ::…
Far East

Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku

Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali 

Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi
dugaan-Mu

Rahmatilah…Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap
Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh o­nak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu

…::RATU HATI::…
Firdaus

Tak pernah bibirku melafazkan
Nyanyian lagu kasih sayang
Sering hatiku berkata
Dirimulah segalanya
Kasih kita
Takkan musnah

Sedari airmata mengalir
Memori kasihmu padaku
Seputih sejernih salju
Walaupun dimamah waktu
Engkau ratu
Masih hangat belai dakapanmu

Inginku nyatakan
Apa yang tersirat dihatiku
Inginku lafazkan
Kau abadi dalam diri
Tiap detik pastiku ingati

Inginku nyatakan
Kau ratu bertakhta dihatiku
Inginku lafazkan
Walaupun kau telah pergi
Tiada kan dapat mengganti
Dengarlah suara hati
Tanda kasih padamu oh ibu….

Walaupun kau telah pergi
Meninggalkan ku sendiri
Engkau ratu
Masih hangat belai dakapanmu

…::Sendiri::…
Saujana
http://liriknasyid.com

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Reff :
Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do’a yang bisa, ku kirimkan

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri.

—-::hahaha..just rintihan seorang anak. i write this n3 spontan nnt nak continue lagi kalo korg sokong kiter. n sesaper nak komen amat dialukan2 sbg ganjaran i’ll give u a testi or submit pic.ok.::—

++sanye nak masukkan lagu ur mother dari rashid bikha tapi tak jumpa. kalo sesaper ader bleh kasi yeh!

-MaSa-

Thursday, July 14th, 2005

ader sedikit iklan ni..pasal cikcow..kalo sesaper ader jumpa gamba lembu yg cute like in my photo album..bleh la send to me..i would to save it…ntah knape skang tgh giler nak kumpul  something like cow tu..nampak cam cute…ini dah terkena wabak la ni..masa pi kedai ari tu pon asek jumpa anak lembu jer..bagus gak suke lembu dr suke kump greenday such as yg tak memberi motivasikan…kalo ngan lembu dapat hargai ciptaan tuhan kan??…

wat i want to talk abt is time…masa awal minggu ini pagi buta lagi dah kena leter pasal kepentingan masa..alasannye ari lewat pi skola..n then itulah hikayatnye bermula…

mmg kiter tak sedar masa berlalu ngan cepat..skang ni genap waney pindah dapat plak khabar muallimah nazahiyah kena pindah ke sabah…walaupun dah 4 tahun lebey muallimah mengajar kat sini rasa sekejap je..cam smalam je baru muallimah ajar kami..(nasib baik la aku wat air ujan ari ni)..sampaikan masa majlis perpisahan tu ader gak yg menangeh..termasuk kaum adam..nak menunjukkkan meke ni menghargai kehadiran muallimah…*sob*…

wat more important is my SPM is 3 month to go…wargh..kalo cakap 3 bln tu lambat lagi mmg org tu tak hargai masa…kalo tolak kepentingan arian..exam lagi..baper manyak masa aku nak studi???….bln 7 ujian pengesanan bln 8 jadual anjal bln 9 trial bln 10 pose n raya n then SPM..tak ke begitu???….kalo kiter tak jaga masa akibatnye masa akan curi kiter…renung2kan la kata2 tu…

3 bln ni je aku nak kumpul kenangan utk disimpan di dalam memory indah sblom aku rasa rindu dan rugi jika tak menghargainye…nak kumpul tu amik masa gak…yg pasti seme yg kiter lakukan berkait dengan masa walaupun kiter hanya melakukan kerja….

n 4 today  citer cine kat cenel 3 kol 6 dah tamat…rasanye ari tu baru tgk flying dagger aleh2 chinese drama ttg org lain da..ini menunjukkan betapa sia2 kiter menunggu citer tersebut everyday…

:::::::::::::::::::nashed corner:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tajuk: 7 Hari
538128336 Rabbani

Hari Ini, Hari Isnin
Salahkah Tempatku
Salah Waktuku
Apakah, Rahsianya
Seakan Selasa Baru Menjelma

Pastasnya Masa Berlalu
Meninggalkanku
Bagai Mimpi
Terumbang Ambing
Seakan Dilanda Badai Di Dalam Jiwa

Nafas Terhenti, Alam Membisu
Terhenti, Tertunggu Ditimpa Ragu
Rabu, Khamis, Jumaat Dan Sabtu
Tiada Bedanya, Tiada Syahdu

Di Dalam Jiwa, Pesana Tertera
Kepalsuan Cuma Seketika Sejauh Mana Santapan Hawa
Pabila Malam Dijemput Senja
Di Kala Jiwa Digamit Duka
Kebenaran Akan Menghilang Gelita (Namun)
(Tik Tak Di Telinga)

Jam Di Dinding Pukul Tiga Pagi

Hairan, Tidak Terasa Seperti Malam Hari
Tak Tersedarkah Aku, Mengapa Begini
Butakah Kalbuku, Kelamnya Hati

BeR+eMu & BeRpIsAh….

Thursday, July 7th, 2005

aiseh..IKIM pasang lagu abt fenship laaa…wat aku tambah sayu je..lebey2 lagi lagu fareast n brothers…wat interesting is…my second sistah dah out from kelantan die dah jadi bermukim di PJ..IIUM matriculation…dapat gak gi anta die..tapi yg sadisnye…sepjg masa aku duk wif her we are speeechless…tak der topik je nak cakap..masa on the way..we just play wif ali akmal n cam tak knal je…masa nak pisah sempat lagi wat air ujan sempat ader wiper lagi..(kire tak der waterfall la)…

ini baru kakak…ader lagi..my fren named hazwani badri..oit org batu pahat kalo jumpa orang nama like this kat skola hang jgn lupe call aku..mmg worry la ngan die ni coz this is her third skool after smi aman..nak kata tak sedey mana boleh kawan masa skola rendah lagi ni..kenangan ngan die ttp ader n indah la..waaaaaaaaaa…wanie aku dah kurg girlfren ni ko pindah plak…how i do live wifout u ha??…but cekgu dah kater life must be go on biar pon kiter menuggu ujan berhenti tapi kiter kena teruskan kerja kite yg kiter tatau bile ujan akan berenti kan??..

wani n mohz adlh org yg paling rapat ngan aku tempat nak berketawa n berduka..n now i lost them in the same time…mmg dugaan..kalo aku dapat mengharungi this problem i’m very strong kalo tak aku mmg pencari masalah…to waney n mohz i hope ur happi but both of u must remember that i’ll always miss u~!!!..(wasiat la ni)

bertemu n berpisah lumrah kehidupan..mula kite rasa kekurangan n kehilangan but kite musti menjalani hidup spt biasa…kerana pertemuan n perpisahan di dunia hanya sementara..yg paling harus kita takuti adalah bahawa nnt hari akhirat dapatkahkiter bertemu lagi??..yg tak menjanjikan syurga atau neraka kepada kite…semoga ukhwah kiter dirahmati oleh ALLAH azzawajalla n moga bertemu lagi di dunia yg akak abadi..ameen…