::suatu Ketika dulu::

SUATU KETIKA DULU
suatu ketika dulu….
orang sanggup jalan berbatu-batu mencari penerima zakat tapi tatkala kini….orang sanggup lari berbatu-batu elak dari membayar zakat .
suatu ketika dulu….
orang berlumba-lumba pergi berperang untuk mati syahid tapi tatkala kini….ramai yang mati sia-sia kerana berlumba haram .
suatu ketika dulu….
ramai orang yang menolak dan menentang nabi tapi tatkala kini….ramai juga orang yang menentang malah menghina hadis dan sunnah nabi .
suatu ketika dulu….
makan pakai susah tapi senang beramal tapi tatkala kini….semakin senang semakin susah nak beramal .
suatu ketika dulu….
orang bersusah payah memusnahkan patung berhala tapi tatkala kini….orang cukup suka buat koleksi patung .
suatu ketika dulu….
orang sanggup mati untuk pergi berdakwah tapi tatkala kini….orang sanggup tutup pintu bila nampak orang datang berdakwah…
June 26th, 2006 at 5:30 pm
Firman ALLAH..
“dan berilah peringatan..,sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang2 mukmin..”
hrap2 awk pun rajin2 lah ingatkan sye kot2 mane la tau kan sye da wat silap..,hrap2lah ditegur..
wassalam…