Hikmah Untuk Kita Semua

Hikmah Untuk Kita Semua I

1. Tiga perkara yang mesti dijauhi:


Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
" Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil
bersungut kerana kesusahan
hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana
perbuatan Tuhannya.
Barang siapa
menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti
ia telah marah kepada
Allah.
Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada
orang kaya kerana
kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya."

2. Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:


Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:

"Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia
dan ia boleh hilang dengan
empat sebab.
Adapun yang berharga itu ialah akal,
agama, malu dan amal
soleh.
Maka akal boleh hilang disebabkan marah.

Agama boleh hilang
disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan
tamak
dan amal soleh boleh
terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan
orang lain."

Hikmah Untuk Kita Semua II

1. Lima macam yang dicintai dan lima perkara yang
dilupakan:

Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud :
"Akan datang satu masa
umatku, ketika itu mereka mencintai lima macam dan
melupakan lima perkara
iaitu : Mereka mencintai kepada dunia dan lupa
kepada akhirat. Mereka
mencintai kepada kehidupan dan lupa kepada kematian.
Mereka cinta kepada
istana dan lupa kepada kuburan. Mereka cinta kepada
harta dan lupa kepada
perhitungan di akhirat. Dan mereka cinta kepada
makhluk dan lupa kepada
Allah."

2. Cantiknya iman dan amal soleh:

Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw ada
bersabda yang bermaksud:

"Ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih
baik dari keduanya: Beriman
kepada Allah. Memberi manfaat kepada muslimin. Dan
ada dua macam yang tidak
ada sesuatu yang lebih buruk dari keduanya :
Mensyirikkan Allah. Menyakiti kaum muslimin."

Hikmah Untuk Kita Semua III

1. Jalan untuk dicintai orang yang dicintai:

Dari Usman ra yang bermaksud : "Siapa yang
meninggalkan dunia, dia akan
dicintai oleh Allah SWT. Siapa yang meninggalkan
perbuatan dosa, dia akan
dicintai oleh para malaikat. Dan siapa yang membuang
sifat tamaknya terhadap
kaum muslimin maka dia akan dicintai oleh mereka."

2. Tiga yang menyelamatkan, tiga yang membinasakan,
tiga yang boleh
mengangkat darjat dan tiga pula yang boleh
menghapuskan dosa:

Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi Muhammad saw telah
bersabda yang bermaksud
"Ada tiga hal yang boleh menyelamatkan, ada tiga hal
yang boleh
membinasakan, serta ada tiga perkara yang dapat
meninggikan darjat dan ada
tiga perkara pula yang menghapuskan dosa.

Ada pun
yang boleh menyelamatkan
itu ialah :
Takut kepada Allah SWT pada masa
bersembunyi dan
berterang-terangan. Berjimat dalam keadaan miskin
dan kaya. Tetap adil
ketika senang dan marah.
Ada pun hal-hal yang boleh membinasakan ialah :
Amat
bakhil. Memperturutkan
nafsu. Merasa hairan melihat kehebatan dirinya.

Dan
ada pun perkara-perkara
yang meninggikan darjat :
Menyebarkan ucapan salam.
Suka memberi makan.
Melaksanakan solat di waktu malam ketika orang-orang
sedang nyenyak tidur.

Sedangkan hal-hal yang mampu menghapuskan dosa ialah:
Tetap menyempurnakan
solat di tengah-tengah malam yang amat sejuk.
Melangkah kaki ke tempat di
adakan solat jemaah. Suka menunggu kedatangan
solat." 

Hikmah Untuk Kita Semua IV

1. Enam perkara yang asing bila berada di enam
tempat:

Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam
perkara yang

dipandang asing di enam tempat, iaitu :
Masjid
adalah asing di kalangan
orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
Al-Quran adalah asing di
rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.

Al-Quran juga adalah asing di
dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang
yang tidak mahu
mengamalkan isinya).
Seorang muslimah yang soleh
dipandang asing di sisi
lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
Lelaki
muslim yang soleh adalah
asing di samping perempuan yang hina, yang buruk
akhlaknya.
Dan orang alim
adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu
mendengar nasihatnya."

Kemudian
Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT
tidak akan memandang
mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."

2. Hati perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah
memerlukan siraman air hujan:

Rasulullah saw telah berpesan, yang bermaksud : "
Mestilah kamu selalu duduk
dekat orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli
hikmah kerana
sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati yang mati
dengan nur hikmah (sinar
ilmu) sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati
dengan siraman air hujan".



Hikmah Untuk Kita Semua V


1. Menuju kesempurnaan akal, ilmu dan sumber rezeki:
Umar ra berkata yang bermaksud : "Pandai mengasihi
orang setengah daripada
akal. Pandai bertanya setengah daripada ilmu dan
pandai merancang setengah
daripada sumber rezeki".


2. Tiga jenis manusia yang akan mendapat
perlindungan Allah SWT di hari Kiamat:

Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "
Ada tiga orang yang akan
diberi perlindungan oleh Allah SWT di hari kiamat
nanti :
Orang yang tetap
berwuduk pada waktu-waktu yang sulit.
Orang yang
berjalan ke masjid untuk
menunaikan solat pada malam-malam yang gelap iaitu
solat Maghrib dan Isyak.

Orang yang suka memberi makanan kepada orang yang
kelaparan."



Hikmah Untuk Kita Semua VI


1. Sunnah Allah, sunnah para rasul-Nya dan sunnah
para wali-Nya:

Dari Ali ra yang bermaksud: "Siapa yang tidak ada
padanya sunnah Allah dan
sunnah para rasulnya dan sunnah para walinya, maka
dia dipandang tidak ada
nilai sedikit pun.
Lalu dia ditanya: Apakah sunnah
Allah itu? Jawabnya,
menyembunyikan rahsia.
Lalu dia ditanya lagi: Apakah
sunnah rasul? Jawabnya,
berlaku lembut di antara sesama manusia.
Kemudian
dia ditanya lagi: Apakah
sunnah para wali. Jawabnya, menjauhkan gangguan dari
kaum muslimin".

2. Orang-orang yang dahulu yang hidup sebelum kita
mereka saling berpesan
tentang tiga perkara dan saling kirim mengirim (
sebagai nasihat):

Siapa yang
beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupkan
baginya akan perkara agamanya
dan perkara dunianya.
Dan siapa yang membaguskan
niatnya yang tersembunyi,
maka Allah membaguskan keadaannya yang nyata.

Dan siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah,
maka Allah memperbaiki
hubungannya dengan semua manusia.

Leave a Reply