::apa-apa aja::
mari kita ikuti siri seterusnya kisah kehidupan seorang pelajar bernama Khaulah ..[ketawa jgn sampai guling-guling sudah]..hehe..
banyak benda nak tulis. mmg aku sangat-sangat suka menulis. menulis apa yang aku rasa. menulis apa yang aku fikir, menulis apa aku nak tulis, menulis apa yang orang rasa. menulis apa yg orang kata dan menulis dan menulis dan menulis. sbb bila tulis ia akan jadi rujukan dan kadang-kadang bila kita revise balik kita akan tersenyum sendirian.huhu… menulis juga salah satu utk meluahkan perasaan..tulis dr hati…
ingat lagi tahun lepas aku exam SPM, bulan ni aku dah mula duk umah tok ma [mahligai yg indah..kui kui kui]. bulan ramadhan di rumah tok ma. aku nak flash back balik. mula-mula masa bulan sya’aban, bila hari nisfu sya’aban tok ma ajak pegi ‘balasoh’ pegi baca yasin 3 kali. dan tahun ni aku tak buat sbb tak ‘bertemu’ dgn nisfu sya’aban. dan kemudian ramdhan. tahun lepas tak banyak majlis iftar jamaie yg aku pegi. asyik bukak puasa dgn tok ma. makan kuih tok ma buat. segalanya yg dimasak oleh tok ma. dok umah tok ma besh jugak tapi time makan rasa sunyi je sbb aku nga tok ma je makan tok abah lak die pegi semayang dulu. kalau kat umah, bising ngan adik-adik. ali nak makan tu, junaid berebut ngan abe ngoh nak makan kuih ni, amad yg kuat makan. uiks..bila tulis baru terasa keseronokan tu..bila hadapi rasa cam serabut. yelah, seme benda nak kena layan. mana tak serabut. hehehe..
aku betul-betul rindu nak dengar ceramah persediaan ramadhan. biarpon taun lepas aku dah dengar tapi aku nak denga lagi sbb nak naikkan semangat nak jumpa ramadhan..oh ye dalam offline message aku ada org kasik bertulis begini…
"Ramadan is the season when rewards are doubled, devils are
chained, the gates of Paradise are opened, and the doors of the Hell are closed.
It is the season of blessings. Ramadan comes and goes, Muslims are thus required
to pay it special welcome. So, let’s get ready for Ramadan so that we reap its
fruits in full. Truly happy is the one who makes the best use of every second of
the month of Ramadan."
aku betul rindu ngan ramadhan..yalah…kat sini…mana ada program cam kakak aku tu..jeles giler. aku sekurang-kurangnya hanya dpt usrah online ngan budak uk seminggu sekali. pasti dalam bulan ramadhan ada program Remaja Rai Ramadhan. itupun under dr umur aku. sadisnya..aku buat program kat umah je la..projek biskut raya…uhuhuh~…
tutup cerita pasal RAMADHAN DAN PUASA…raya lagi la tak perlu ingat. banyak benda aku nak tulis. hari ini hari jumaat. esok hari sabtu. sedar tak sedar masa ni cepat berlalu. kalau dulu aku buang masa duk umah ngadap pc..skang ni aku masuk sekolah balik. duk ‘college’.. SULTAN ISMAIL COLLEGE..hebat gak tu…teman-teman sekelas aku masih dan mengharap dengan Uitm intake disember.aku pula jadi pelajar tetap di situ. umi menyokong tindakan aku, kakak aku pon tapi org lain pula yg protes. aku pula buat donno. sebab itu jalan yg aku pilih. dulu aku pilih nk arkitek skang ni aku nk jadik polis trafik…polis trafik udara. jaga lebuh raya aeroplane. seronok keje tu. tp masalahnya ramai org tak tahu. payah sket aku nak dapat maklumat. walaupun begitu, hidup mesti positif..haha..tak pasal-pasal.
sambung balik pasal aku masuk sekolah balik. kenapa aku tak nak masuk u ye? mungkin sebab aku sayang dengan alam persekolahan. cikgu cakap masa sekolah la masa yg paling besh. mungkin sebab itu kot. tapi org lain pula tak nak duk sekolah bagi mereka duk u lagi baik free dan bebas..tapi aku tak kisah tentang itu asalkan aku gembira. skarang dah pun jauh ngan kengkawan. sorg situ sorg sini. sorg sinun..dan jauh dan jauh. balik cuti pun tak jumpa. jadi skarang ni, aku fikir hanya nak belajar dapatkan apa yg aku nak ..pedulikan org lain. [kejam ke begini?]
talking about school…result monthly test boleh dikatakan baik…sbb fizik tak lulus, chemistry lulus,muet band 4, PA lulus kot, math really bad. yg gembira adalah sebab result aku tinggi dari dak3 kelas aku yg banyak belajar dr aku. ini menaikkan smangat aku untuk terus belajar. belajar di sekolah pon bagus juga ya? cikgu banyak membantu.. kasik suap je…lupa nk suruh output balik. walaupun cikgu cakap payah nak dapat principle tapi aku akan berusaha..ganbatene kudasai..khaulah…!!!….doakan aku ye…
ketuk-ketuk kepala sedikit. mungkin hati aku sedikit gembira dan otak aku agak ok maka banyak lah aku update hari ini walaupun dalam hati ini ada sedikit ketakutan dan kebimbangan yg meantiku pada hari ahad ni.urgh,takut!! next week dah nak puasa jadik mungkin tak sempat nak update. dan aku ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN HATI TERBUKA DAN GEMBIRA, JAUHKAN MAKSIAT DAN TINGKATKAN AMAL IBADAT"
^_^
jumaat, 15092006 = 22 syaaban 1427H [hepi beday LUNIA!!]